optimalbrain

Just another WordPress.com weblog

Sayang…anakku

Posted by suesara on January 9, 2008

Salam sejahtera dan assalamualaikum.

Agak lama juga saya tak menjenguk blog ni. Semoga anda semua diberkati ALLAH. Hari ni tak banyak nak dicoretkkan sebab senjak kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja hakiki. Anyway untuk panduan dan tatapan semua, saya selitkan di sini 12 cara untuk lahirkan anak cemerlang;

  1. Mula bacakan buku kepada anak sejak mereka kecil
  2. Didik anak untuk turut bacakan buku kepada anda
  3. Ajak anak sama-sama bercakap, menyanyi dan bermain
  4. Didik anak untuk menulis cerita
  5. Dari semasa ke semasa tambahkan koleksi buku milik keluarga anda
  6. sekali-sekala, ajak seluruh ahli keluarga untuk mendengar cerita yang disampaikan oleh anak.
  7. Ajak anak membantu anda mengemas ataupun memasak
  8. Jadikan kawan pada anak supaya dia bebas berkongs cerita dan masalh yang dialamimya setap hari
  9. Aturkan acara santai bersama setiap kali hujung minggu
  10. Masukkan elemen-elemen pembelajaran dalam setiap aktiviti harian anda bersama anak agar dia tidak rasa belajar itu adalah sesuatu yang membosankan.
  11. Walaupun anak anda masih kecil, jangan lupa untuk memberitahu dia tentang realti kehidupan
  12. Kongsi artikel ataupun berita yang menarik di akhbar ataupun majalah dengan anak.

Ok itu saja untuk hari ini cuz tengah-tengah menaip pun ada bayak interupter kat luar ni. Bye see u later if i got time. Salam semua…

   

Posted in Artikel | Leave a Comment »

pelukan dan ciuman

Posted by suesara on December 25, 2007

Salam sejahtera;

“Merry Christmas” kepada penganut agama Kristian. Bertemu kembali dicatatan seterusnya.

Topik hari ini mengenai pelukan dan ciuman. Pelukan adalah satu perbuatan yang melambangkan penghargaan dan kasih sayang. Begitu juga dengan istilah ciuman. Bagi anak-anak kecil kedua-dua perbuatan ini amat disukai lebih-lebih lagi jika si pelakunya adalah ibu bapa mereka sendiri.

Apa yang berlaku apabila kita memeluk si kecil adalah ransangan dari belaian tangan si ibu atau si bapa akan sampai ke aliran minda yang positif lalu membalas reaksi yang sama melalui perasaan yang amat dalam iaitu kasih dan sayang. Si kecil akan merasai selamat dan bangga.

Tindakan positif ini sebenarnya amat simbolik. Ia memberi kesan kepada perubahan psikologi dan tingkah laku si anak. Sebab itulah sebagai ibu bapa, belaian seperti pelukan dan ciuman perlu dipraktiskan selalu kepada mereka tidak kira masa.

Pastikan resepi “bahagia si kecil” ini dijadikan amalan seharian untuk mereka. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang sibuk bekerja dan bila balik ambil anak di rumah pengasuh atau tadika, anak lansung tidak di sapa atau disambut. Kebanyakkan antara kita amat mengharapkan anak-anak memberi tumpuan serta menghargai orang dewasa, tetapi kita sebagai ibu bapa sering terlupa untuk berlaku adil kepada mereka. Jadi gunakan panduan resepi dibawah untuk dijadikan amalan dalam keluarga kita:

Panduan membuat resepi 5M “bahagia si kecil”

  1. Memeluk dan cium semasa hendak pergi kerja
  2. Memeluk dan cium semasa balik kerja atau semasa mengambil mereka dari rumah pengasuh
  3. Memeluk dan cium semasa selepas solat isyak. Semoga ianya terus dipaktiskan apabila mereka sudah boleh solat berjemaah dengan kita.
  4. Memeluk dan cium semasa mereka hendak tidur
  5. Memeluk dan cium selepas anda selesai solat subuh. Tapak tangan yang masih suci dengan air sembahyang, usaplah kepala, cium dan beri pelukan sayang untuk si kecil. Anda juga boleh membisikkan ayat-ayat suci.

Selamat mencuba !

picture-097.jpg

Posted in Artikel | Leave a Comment »

buku skrap bergambar

Posted by suesara on December 25, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua. Alhamdulillah semoga semua gembira dan tak lupa “Selamat Hari Aidil Adha” kepada anda semua.

Apa perkara yang menarik hendak dikongsi bersama. Ok saya nak cerita sedikit mengenai aktiviti bersama si kecil anda. Apa aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama mereka? Ok aktiviti tersebut adalah membuat buku skrap bergambar.

Kategori umur:

Ia boleh dilakukan dari peringkat umur 4 hingga sekolah rendah. Walaubagaimanapun di sini saya lebih tumpukan kepada kanak-kanak pra-sekolah.

Cara-cara:

1. Untuk memudahkan anda, di sini saya memilih topik buku skrap iaitu “Bola”. Topik biar mudah dan tidak panjang. Cukup sekadar untuk memberi pemahaman kepada si kecil dan mudah untuk mereka membacanya.

2. Gunakan buku-buku yang tidak digunakan seperti buku nota atau diari yang tidak digunakan tetapi kosong. langkah ini dapat mengajar mereka sikap tidak membazir.

3. Gunakan kreativiti anda samada untuk melukis atau menggunting huruf dari majalah dan tampal diatas muka depan buku tersebut untuk dijadikan sebagai tajuk.

4. Jika anda pilih melukis, anda lukis perkataan bola di tempat lain dan minta anak anda salin tulisan yang anda tulis tersebut di muka depan buku itu. Tambahkan kreativiti anda seperti melukis dibahagian yang kosong dengan gambar bintang, bulan dan lain-lain. Anak anda pasti gembira meniru apa yang anda buat.

5. Tajuk “BOLA” itu boleh diwarnakan mengikut kreativiti anak anda. Jangan paksa mereka untuk mewarna dengan cantik tetapi anda hanya perlu meransang dan memuji sahaja tindakan mereka. Tindakan ini akan menghiburkan mereka dan membuatkan mereka ingin menguasai sepenuhnya aktiviti ini.

6. Sekiranya anda memilih untuk menggunting huruf dari majalah, sebagai peringkat permulaan, anda boleh membantu mereka dengan sama-sama mencari huruf-huruf B, O, L dan A dari majalah dan kemudian mengguntingkanya. Sekiranya mereka telah mahir menggunting anda boleh membenarkan mereka lakukan sendiri. Setelah itu anda bantu mereka untuk melekatkan huruf-huruf tersebut mengikut kreativiti anda sebagai permulaan. Untuk aktiviti akan datang biarkan mereka sendiri menyusun dan melekatkan huruf-huruf mengikut cara mereka.

7. Sekarang untuk mencari gambar-gambar berkaitan bola, anda bantu mereka mencari pelbagai gambar “BOLA” dalam majalah atau akhbar-akhbar lama.

8. Bantu mereka menggunting dan melekatkan gambar-gambar tersebut dalam buku skrap itu. Pilih satu gambar untuk satu mukasurat. Pilih gambar-gambar yang berlainan jenis, berwarna-warni dan saiz yang besar mengikut kesesuaian buku skrap.

9. Sebagai langkah permulaan, lakukan aktiviti ini semudah yang mungkin tetapi menarik. Untuk sesi-sesi yang seterusnya barulah anda tambahkan nilai-nilai kreativiti dalam membuat buku skrap yang lebih menarik.

Selamat mencuba. Pastikan anak anda terhibur dan anda mesti bersabar dengan kerenah mereka.

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Bermain bersama si kecil

Posted by suesara on December 25, 2007

Salam ukhuwah semua.

” Ummi, kakak nak main baby doll” rengek si kakak. ” mainla tapi ingat jangan bersepah” balas si ibu. Suasana begini adalah perkara biasa yang dialami oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil berumur dalam lingkungan 3-6 tahun. Malangnya fahamkah mereka supaya bemain tanpa berselerak. Sebenarnya, aktiviti bemain bagi kanak-kanak berlaku secara natural dan suasana permainan akan pasti menjadi selerak kerana mereka mempunyai pelbagai imaginasi terhadap permainan tersebut dan menggunakan suasana luaran sebagai adaptasi dan pelengkap kepada aktiviti permainan mereka.

Bermain meupakan satu proses pembelajaan melalui pengalaman. Mereka menggunakan perkembangan deria, motor kasar dan halus, pemikiran, emosi dan pertuturan. Perkembangan bermain bagi kanak-kanak belaku secara bepeingkat iaitu;

1. Main pura-pura atau olok-olok- dalam pemainan ini kanak-kanak menggunakan sudu mainan untuk menyuap atau sikat mainan untuk menyikat rambut meeka.

2. Penghuraian objek- Kebanyakan mereka dalam lingkungan umur 18 bulan hingga 24 bulan. Mereka masih bermain pura-pura seperti menyikat rambut anak patung dengan sikat mainan tetapi permainan itu lebih meluas dengan memakaikan baju dan menidurkan anak patung mereka pula.

3. Mainan pura-pura atau olok-olok- Kebanyakan kanak-kanak bermula pada peringkat umur 3 tahun di mana mereka masih bermain olok-olok tetapi telah cuba menggunakan mainan lain untuk tujuan permainan itu seperti menggunakan penyapu sebagai kekuda.

4. Main sosiodramatik- Pada usia 4-5 tahun, mereka mula bermain “mak-mak” atau “ayah-ayah”. Permainan yang lebih meluas dan mempunya peranan dalam sesuatu permainan.

5. Menyedari peranan- Bermula ketika mereka berumur 6 tahun, di mana permainan dirancang dan ditetapkan peranan rakan-rakan sepermainan terlebih dahulu. Contoh seperti permainan “cari dan sembunyi”

6. Main berperaturan- Bermula pada peringkat sekolah rendah di mana permainan olok-olok telah hilang. Mereka bermain permainan yang lebih rumit dan mempunyai peraturan seperti permainan “dam” dan “guli”.

Perubahan corak permainan ini sangat ketara dan saya pasti setiap ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak-anak mereka menguasai sesuatu permainan mengikut perubahan umur.

Posted in Artikel | Leave a Comment »

maafkan si anak….

Posted by suesara on December 25, 2007

salam sejahtera,

Seperti biasa, bila mula hari pertama setiap minggu ada saje perkara yang tidak kena. Kenapa jadi begitu?. Mungkinkah kita tidak bersedia atau memang sudah nasib malang tidak berbau. Pagi ni seperti hari-hari biasa, anak-anak akan dihantar ke tadika. Malangnya mood bercuti masih melekat dalam diri jadi masing-masing buat hal tak nak ke sekolah. Musim cuti sekolah memang mereka dihantar juga ke tadika. Tapi tak wajib. Sekadar menjaga dan aktiviti adalah bebas. Nak dikatakan takdir di pagi hari, tengah sibuk sangat menenteramkan anak-anak, “Bum…” Alamak kereta bergesel lagi dengan tembok rumah. Masuk ni dah kali ke-3 aku langgarkan kereta ni dengan benda mati. Duit lagi…dalam hati ni terasa juga geram dengan anak-anak aku. Bukan apa, terasa macam diaorang la punya hal ni. Walaumacam mana pun naluri si ibu tak berupaya nak marahkan mereka. Lagi pun diaorang bukan tahu apa pun. Ini kira nasib baik la tak de kemalangan jiwa. Kalau tak si ibu yang menyesal. Betul tak? Inilah dikatakan takdir. Tapi apa yang syoknya ialah setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Datang je ke tempat kerja aku terima cek RM480. Alhamdulillah itu lah hikmah dan rezeki namanya. Lagi pengalaman best yang dapat dilihat tanpa diduga , anak-anak aku seperti faham pulak dengan peristiwa yang berlaku pagi tadi. Diaorang pun minta maaf kat aku berkali-kali. Mula-mula tu buat-buat la masam muka. Saje nak tengok apa reaksi mereka. Si abang tak berputus asa terus memujuk untuk minta maaf. Lantas naluri si ibu terus menyambut salam dari tangan kecil si anak tu. Sejuk rasa hati.Itulah rahsianya kalau kita saling maaf di antara satu sama lain dan kita jadikan contoh dalam keluarga kita, insyallah anak-anak akan belajar dari pengalaman yang dilihat dan praktis kepada kita. Kalau nak diikutkan umur si abang yang baru 4 tahun tu belum tahu apa-apa lagi erti kemaafan. Tapi mungkin dia melihat dari luaran sifat itu, maka dia pun cuba meniru akhlak yang baik tu.

Inilah cerita yang dapat dipaparkan.Semoga menjadi teladan untuk kita, setiap yang baik pasti diteladani oleh anak-anak kita dan itulah yang kita harapkan dari mereka. Yang paling penting kita dahulu yang perlu memberi contoh yang baik untuk mereka sebab telah menjadi sifat si anak kecil suka meniru. Oleh itu mereka akan meniru apa jua yang ibu bapa lakukan.

Posted in Artikel | Leave a Comment »

3 tip ransang si manja minat belajar

Posted by suesara on December 25, 2007

Salam sejahtera,

Belajar adalah satu proses yang menggunakan minda. Jika proses in dilakukan secara paksaan ia akan menjejaskan pemikiran dan minat si manja anda. Oleh itu mari kita selongkar apakah tip yang berkesan untuk meransang minat mereka belajar secara natural tanpa dipaksa.

Tip 1: dedahkan si manja anda kepada pengalaman baru. Pertama berikan pendedahan kepada si manja untuk lebih mengenali dunia penuh maklumat. Anda boleh mengorak langkah awal dengan membacakan buku kepada si manja ketika mereka masih kecil. Apa jua jenis buku, sama ada buku hikayat ataupun geografi dan sains, ia akan membuka minda si manja kepada dunia baru.

Anda juga boleh membawa mereka ke tempat-tempat menarik seperti zoo, akuarium, muzium, taman bunga, tasik, kedai muzik. Ini membolehkan mereka memerhati persekitaran lain di luar rumah dan meransang proses pembelajarn dengan lebih berkesan.

Tip 2: Biar si manja menanam sendiri sifat ingin belajar

Kedua, sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita memberikan peluang kepada si manja memulakan proses pembelajaran mereka sendiri. Jika si manja anda meminati haiwan, bacakan mereka buku tentang haiwan dan bawalah mereka ke zoo. jika mereka berminat tentang kapal terbang, bawalah mereka ke lapangan terbang. Apabila anak-anak mula bertanya ” kenapa langit berwarna biru dan tanah berwarna coklat?” Ini menunjukkan bahawa mereka amat dahagakan ilmu pengetahuan. Sebagai ibu dan bapa kita perlu memberi perhatian kepada soalan-soalan tersebut dan cuba untuk menjawab dengan wajar. Apabila kita memjawab soalan-soalan tersebut ini memberitahu si manja bahawa pembelajaran mereka itu adalah penting buat kita.

Tip 3: Berkan galakan danpujlah si manja anda

Akhir sekali, sebagai ibu bapa kita boleh membantu si manja dengan memberikan pujian ke atas usaha mereka untuk belajar dan selalulah memberikan mereka galakan, meskipun mereka membuat kesilapan.

Kadangkala, keinginana kita untuk bersaing adalah tinggi dan kita mungkin terlalu menumpukan terhadap hasil berbanding tahap kemajuan. Kita perlu sedar bahawa si manja belajar pada tahapkelajuan yang berbeza. setiap kanak-kanak memiliki keupayaan unik tersendii.

sebagai contoh, apabila si manja belajar bagaimana untuk menulis atau membaca, mereka sudah tentu akan membuat kesilapan pada mulanya. Anda mestilah perbetulkan kesilapan mereka dengan cara lembut, tetapi tumpukan kepada usaha mereka dan bukannya kesilapan mereka.

Pembelajaran adalah satu penerokaan. Penerokaaan si manja bermakna mereka mencuba sesuatu yang baru dan ia bukanlah mudah. Sesuatu yang baru bermakna ia melibatkan risiko. Sebab itu, apabila si manja anda mencuba sesuatu perkara baru sepert membaca atau menulis, usahanya itu harus diberi ganjaran bukannya hukuman.

galakan penuh kasih sayang mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokan dan sihat. ia akan membantu si manja mencapai potensi mereka.

wasalam

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Jom Baca “story book”

Posted by suesara on December 25, 2007

Ini hobi yang bagus ni. Bagi saya inilah hobi yan ingin disemai dalam sanubari anak-anak saya. Membaca adalah sumber ilmu. Jadi nak pikat si kecil untuk membaca perlulah lebihkan kreativiti supaya menarik perhatian mereka. Jom kita tengok apa agak nye tip-tip untuk pikat si kecil membaca:

  • beli buku yang perkataannya mudah dan menggunakan ayat pendek.
  • buku mesti gambar yang berwarna ( warna terang lagi menarik)
  • cari masa yang sesuai seperti sebelum tidur.
  • bacakan untuk si kecil dengan intonasi yang menarik, jelas dan kuat.
  • bawa mereka ke perpustakaan atau kedai buku satu atau dua minggu sekali
  • buat catatan buku yangtelah dibaca bersama
  • bincang atau cerita semula sinopsis buku cerita yang telah dbaca tidak kira masa dalam kereta atau semasa menonton tv.
  • jangan lupa hadiahkan buku cerita
  • picture-122.jpgpicture-123.jpgpicture-124.jpg

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Rumahku Surga ku

Posted by suesara on December 25, 2007

Keluarga adalah asas kepada sebuah masyarakat. Masyarakat cemerlang dibina daripada keutuhan ikatan kekeluargaan yang cemerlang. Jikalau pincang institusi kekeluargaan ini maka lemahlah sebuah binaan masyarakatnya. Binaan ini mestilah seimbang tiada istilah untuk senget sebelah demi menjamin masa depan yang gemilang. Wah, wah.. cantik dan dalam benar maksud ungkapan barisan susunan ayat-ayat ini. Tapi adakah ia secantik dan seindah realiti yang sedang kita lalui sekarang.

Anak adalah elemen yang paling penting dalam sesebuah keluarga. Dari proses kelahiran sehingga mereka menjejaki alam dewasa, tanggungjawab ibu bapa masih terasa. Maknanya bukanlah selepas anak-anak sudah 21 tahun mereka boleh dapat kunci kebebasan dan tidak terikat lansung dengan ibu bapa mereka. Sudah jelas lagi bersuluh, mendidik anak-anak memerlukan komitmen yang tinggi. Biarpun sesusah mana kehidupan yang dilalui mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna adalah satu matlamat yang perlu dicapai.

Mendidik adalah satu proses pembelajaran. Untuk mendidik kita perlukan ilmu dan pengalaman. Ilmu mendidik anak boleh diperolehi melalui pemerhatian, pengalaman dan juga pembacaan. Terdapat banyak buku ilmiah yang berkisarkan tentang ilmu keibubapaan diluar sana. Kat sini saya nak kongsi bersama tip-tip ilmu-ilmu yang patut dimilik oleh ibu bapa. Moga-moga ianya dapat memberi manfaat kepada semua untuk digunapakai.

Jom teruskan pembacaan anda. Ok kita cerita sikit tentang ilmu-ilmu tersebut:

  1. Ilmu agama. Dalami lmu tersebut supaya kita dapat mendidik mereka menjiwai ilmu ini. Moga-moga ilmu ini menjadi pegangan asas dalam kehidupan mereka. Contohnya kita perlu ajari mereka bersolat, azan, puasa, bersedekah, membaca al quran dan banyak lagi ilmu merangkumi ilmu fiqah, tauhid, sirah islam, tasawuf dan lain-lain.
  2. ilmu ekonomi. Dalam hal ini pula, jelas kita perlu mendidik mereka hal-hal kewangan agar mereka faham dengan situasi kewangan keluarga seperti perbelajaan rumah dan pengagihan wang untuk perbelajaan harian mereka. Ini bukan bermakna memberi tekanan dan bebanan kepada mereka tetapi memberi gambaran bahawa ada perkara yang kita lakukan atau inginkan terpaksa menggunakan wang ringgit. Contohnya menyediakan makanan harian, dimana bapa mesti membeli barang mentah untuk ibu memasak makan. Begitu juga menghantar mereka ke sekolah. Oleh itu dari sini mereka akan faham hal-hal pembahagian wang dan memahami serta menghargai penat peluh ibu bapa mencari rezeki untuk mendapatkan wang. Secara tidak lansung mereka akan belajar berdikari dan tidak membazir.
  3. Ilmu komunikasi. Komunikasi amat penting kerana ia juga asas dalam sesuatu hubungan dalam masyarakat yang lebih besar. Sebelum anak-anak meniru cara berkomunikasi yang salah dari luar patutlah kita menyemai mereka dengan komunikasi yang betul dari rumah. Dalam mendidik ilmu berkomunikasi ia bukan hanya menyentuh cara bercakap tetapi merangkumi ekpresi muka, alunan suara dan susunan ayat. Dicantikkan lagi dengan adab budi bicara yang sopan dan menghormati serta menghargai orang lain. Rasanya kalaulah ibu bapa melihat anak-anak yang mempunyai budi bahasa yang tinggi dan tutur kata yang sopan pasti menjadi kebanggaan kepada keluarga. Betul tak?
  4. ilmu kesihatan. Jangan anggap ia bukan tanggungjawab ibu bapa sebaliknya ia adalah keperluan yang amat penting bagi menjamin kesihatan keluarga yang baik serta terhindar dari gejala penyakit Contohnya kalau kita tidak tahu tanda-tanda demam panas, apa akan jadi pada anak kecil kita. Contoh yang lain jika salah seorang daripada kita mempunyai jangkitan pembawa hepatitis B, apakah harus kita mendiamkan diri tanpa perlu membawa semua keluarga mendapatkan imunisasi sebagai langkah pencegahan. Selain itu hal-hal kebersihan makanan dan minuman, ibu bapa perlu tahu penyakit berjangkit yang berkaitan dengan pencemaran makanan dan minuman seperti taun dan kolera. Begitu juga persekitaran rumah yang perlu dibersihkan seiap hari agar terhindar dari jangkitan demam denggi. Semua in adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memaklumkan maklumat kesihatan ini kepada mereka serta bertindak sewajarnya bersama mereka. Ingat ” pencegahan lebih penting daripada pengubatan”.

Ada banyak lagi ilmu-ilmu yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa. Ini hanyalah asas ilmu-ilmu yang perlu ada dalam pendidikan anak-anak di rumah. semoga semua di atas akan menjadi panduan untuk ibu bapa di luar sana. Wasalam.

Sumber: panduan menjadi ibu bapa cemerlang (saat sulaiman)

picture-159.jpgpicture-160.jpg

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Emosi Si Manja

Posted by suesara on December 25, 2007

 picture-012.jpg

picture-062.jpg

Emosi biasa dikaitkan dengan perubahan perasaan yang dimiliki oleh setiap mahluk di muka bumi ini. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek iaitu “emovere” yang bermaksud ” untuk keluar”. Emosi adalah satu terma yang diguna pakai bagi mewakili satu perubahan serentak yang berlaku dalam tubuh kita iaitu perubahan fisiologi dan psikologi. Perubahan ini akan mengeluarkan pelbagai reaksi emosi seperti sedih, marah dan lain-lain. Semua manusia akan merasa kepuasan apabila dapat mengeluarkan emosi yang dialaminya.

Begitu juga seorang bayi atau kanak-kanak. ramai yang percaya bahawa bayi/kanak-kanak hanya mempunyai satu emosi sahaja. Sebenarnya mengikut kajian, bayi dilahirkan dengan beberapa emosi asas seperti minat, sedih, gembira, marah, terkejut, malu, benci dan takut dalam tempoh lapan bulan pertama kelahiran. Perubahan emosi tersebut adalah seperti berikut:

  1. minat-sejak lahir
  2. kesedihan-sejak lahir
  3. benci- sejak lahir
  4. gembira- 1-2 bulan
  5. marah- 2-3 bulan
  6. terkejut- 3-4 bulan
  7. malu- 4-5 bulan
  8. takut- 6-8 bulan

Apabila mereka mencecah umur 2 tahun, kanak-kanak akan lebih bersosial dan berdikari. Walaubagaimanapun, perubahan ini bergantung dan berubah mengikut keadaan persekitaran dan suasana sesebuah keluarga.

Posted in Artikel | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.